"Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia,
(An-Nas 114:3)
Tuhan (Al Ilah) sembahan manusia pula mengandungi erti bahawa Allah lah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati, sebagai sumber pengharapan dan satu-satunya Zat yang berhak disembah dan diibadahi. Tidak ada pergantingan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah SWT.
Firman Allah :
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia."
Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah ialah seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah SWT. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT semata-mata.
No comments:
Post a Comment